Banner

Newsflash

Berita Baik!! - Pendaftar

Semua keturunan Bani Adam yang mengEsakan tuhan yang satu yakni Allah S.W.T. boleh mendaftar diri menjadi ahli keluarga Pendaftar.Com dengan ertikata kita bersatu dalam satu ikatan silaratulrahim, saling hadiah menghadiah sesuatu pemberian daripada Allah S.W.T. kepada diri kita bagi menimfakkan atau membahagikan rezeki halal suci mengikut Adat Istiadat  Syariat Melayu Bani Adam - AISMBA kita, di kalangan kita agar kita bersyukur dan memuji Allah S.W.T tuhan yang Esa. semoga kita menjadi hamba Allah yang di redai dan diterimaNya amalan kita, menjadi manusia yang berguna dan yang mukhlis-ikhlas di sisiNya.
Daftarlah diri kita di halaman PENDAFTAR.INFO supaya kita dapat berbincang, menyalurkan pengalaman keimanan kita sebagai hamba Allah kepada diri kita semua agar  dapat dimanfaatkannya demi mengesakan Allah S.W.T. Pendaftar.Info| TAJAMAS | Adat Istiadat |>Kesatuan>  |   Alim Ulama  |Usahawan| Bijak Bistari |Penguam | SEJARAH | Halal Suci | RawatanUrutist | Bekerjasama | Multimedia Kampung Corridor | Registrar | UN |   1MSC | RakanCoP  | SMKMERBOK| Utusan Melayu Jawi| ASTANA | Jawi & Rumi| TABLIQ | MoU | Dengan klik disini mendaftar diri kita di dalam borang pendaftaran.

GARIS PADUAN AHLI PDF Print E-mail
Written by Mohd Johar   
Saturday, 13 February 2010 04:05

GARIS PADUAN AHLI   

 

Daftarlah diri kita di halaman ini dengan bersumpah dua kalimat syahadah dan wajib berulang membaharui sumpah ini sembilan kali sehari semalam dalam Sholat Subuh satu kali, Dzohor dua kali, Asar dua kali, Makhrib dua kali dan Isyak dua kali.  Berjumlah sebanyak sembilan kali inilah wajib bagi diri kita bersumpah dan membaharui ikrar bagi menyucikan jiwa raga kita daripada sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah S.W.T.

Daftarlah diri kita sebagai ISLAM di mana anak kuncinya kita berpegang teguh pada Ilmu Selamat Lilllahita'ala Amalan MakhlukNya. Ringkasan perkataan ini I.S.L.A.M. di mana bermula dengan nawaitu atau niat kita semata-mata Lilllahhita'ala (bermaksud kerana Allah Ta'ala) yang menjadi rukun pertama di dalam sesuatu amalan yang kita hendak lakukan dengan tujuan niat dalam jantung atau QALBU sunabari kenadi kita hingga sampai ke dalam ruhani kita untuk mengabdikan diri kita pada Allah dalam apa jua urusan amalan kita sehari-hari dengan menjauhkan diri daripada menyekutukanNya.

Apakah yang boleh menyebabkan kita menyekutukan Allah S.W.T.?

Apabila kita telah menuntut Ilmu Yang Bukan Lillahita'alah Ilmu Syaitan. Ringkasan perkataan ini I.B.L.I.S.Bermaksud kita telah mencampurkan niat kita untuk melakukan sesuatu perbuatan yang bukan kerana Allah S.W.T. dimana kita telah menyekutukan Allah menyebabkan diri kita dimurkai Allah S.W.T. dan segala amal ibadat kita tidak diterima atau ditolak maka sia-sialah amalan hidup kita itu.

Iblislah sebagai ketua pada syaitan-syaitan adalah musuh kita yang cuba memesungkan nawaitu kita sehingga kita telah membuat Sesuatu Yang Amalannya Itu Tempah Api Neraka. Ringkasan perkataan ini S.Y.A.I.T.A.N.

Inilah kayu pengukur atau anak kunci petua dan pendoman kita untuk pergi di mana jua pun kita tidak tersesat jalan. InsyaAllah.

Daftarlah Nama anda yang sebenar dan jangan sekali-kali berdusta berdosa besar di mana nama anda akan disenaraikan sebagai golongan yang berdusta yang akan dikeluarkan dari senarai nama dalam pendaftaraan ini dan anda tidak dapat menikmati kemudahan ruangan ini dimana banyak faedahnya bila kita membuat amalan yang benar.

Tujuan Pendaftaran ini adalah untuk menyatukan semua manusia di dalam dunia ini untuk mengEsakan Allah S.W.T. di dalam satu keturunan Bani Adam a.s. yang berpegang teguh  pada ajaran Muhammad s.a.w  penutup nabi dan rasul yang merangkumi semua syariat daripada Nabi Adam hingga kepada Muhammad s.a.w..

Bagaimana kita boleh bersatu dan apakah tujuannya?

Kita bermula dari ajaran nabi Adam a.s. dengan kata kuncinya Aturan Dan Amalan MaklukNya Ringkasan perkataan ini A.D.A.M., telah mengajar anak-anakya berbagai ilmu yang Allah S.W.T. telah mengajar pada baginda untuk menamakan sesuatu yang Allah ciptakan di mana baginda dilantik sebagai pengasas menamakan setiap sesuatu ciptaan Allah yang berpasangan dan juga di mana baginda telah diberi peralatan yang canggih ciptaan Allah S.W.T. untuk menjelajah semesta alam ciptaan Allah menjalankan tugas sebagai Hamba Allah; khalifah pada setiap sesuatu yang Allah ciptakan untuk diberi nama pada mereka sehingga Allah telah memerintahkah sekelian malaikat dan yang dibawah nuangan malaikat itu sujud hormat pada Adam.as. Semua malaikat-malaikat sujud atas perintah Allah S.W.T. kecuali Iblis yang membantah dan mempertikaikan serta memperkecilkan kerja-kerja Adam a.s.

Kita perlu ingat Iblis telah mencuri ilmu dari Adam dan mengaku sebagai kepunyaannya untuk menyesatkan kita semua. Iblis telah memegang kisah atau sejarah asal usul kejadian dan Iblis senantiasa berdustakan berbagai perkara sebagai umpan sehingga kita mempercayainya di mana apabila kita telah masuk dalam perangkapnya, mudahlah ia memperdayakan kita sehingga kita mengambil nasihatnya sebagai amalan yang menyebabkan kita menyekutukan Allah S.W.T.. Marilah kita belindung kepada Allah dari Iblis dan Syaitan yang direjam.

Perkataan mula-mula kita belajar dari adam adalah ajara (bahasa Al-Quran adalah Kalam Allah) yang bermaksud pahala . Jadi kita mengambil perkataan ajar ini sebagai asas atau petua kita buat pahala-pahala sebagai amalan kita menjadi AJAR mengAJAR dan belAJAR. Kita anak adam yang rajin membuat pahala sepanjang perbuatan kita dari perkara yang kecil-kecil hingga ke perkara yang besar-besar kita masih berfikir untuk membuat pahala. Sehingga perbuatan maksiat dapat kita tukar menjadi kebajikan seperti berzina itu maksiat, apabila dinikahkahwinkan secara sah dalam syariat Islam maka ia menjadi kebajikan. Belajar Ilmu Jariahkan Amalan Kita . .  Ringkasan perkataan ini B.I.J.A.K. Inilah kata kunci membuka peti fikiran kita untuk menyebarkan Ilmu Allah S.W.T. dikalangan kita secara yang bijak agar kita mencapai matlamat keilmuan yang tinggi demi kerana mengEsakan Allah S.W.T.

Dalam semua anak-anak Adam a.s. hanya seorang yang suka membantah yang tidak mahu belajar atau tidak mahu membuat pahala. Ia percaya pada Iblis dan Syaitan sehingga ia sanggup membunuh saudaranya . Ikutilah kisah Qabil sebagai pengasas atau manusia pertama membunuh Habil di mana ia telah melarikan sekembarnya sebagai jodohnya dan di mana sehingga sekarang sikap keturunan ini telah bertebaran diserata dunia yang sentiasa menganjurkan pembunuhan yang kejam atau perbuatan yang zalim demi untuk berkuasa dibawah nuagan Iblis dan Syaitan.

Adam memberi tugas pada anak-anak baginda untuk bersatu padu dalam Bani Adam atau dengan erti kata hanya satu keturunan sahaja yang dibenarkan untuk penyatuan yang sebenar. Jadi tugas kita hendaklah memujuk mana-mana yang telah tersesat jalan itu balik kepangkal jalan. Apabila mereka insaf dan hendaklah balik ke pangkal jalan. Pertama kalinya mereka hendaklah layukan atau melayukan bangsa atau Bani mereka ke Bani Adam. Mereka di ajak mari duduk (ertinya malayu dalam bahasa Siam) bersama kita dengan mengaku sebagai Bani Adam yang tidak ada perbedaaan keterunan lagi di mana baginda menamakan kita sebagai rumpun Melayu.

Baginda berdoa pada Allah S.W.T. agar dilimpahi berarakah atau berkat pada anak-anak keterunannya yang taat setia pada ajaranya. Baginda mengingatkan kita menuruti nabi-nabi atau utusan Allah sehingga ke akhir hayat kita dan di akhir zaman atau hari kiamat. Kitalah anak adam yang mengikut ajaran-ajaran sebagai berbuat pahala-pahala hingga kezaman sekarang.

Dengan Keinsafan akan diri kita ini maka ruangan pendaftar ini muncul di tengah-tengah manusia yang telah berpecah belah oleh Iblis dan Syaitan. Hasutan mereka ada di mana jua.sehingga tidak ada ruangan untuk Islam Bergerak maju dan berjaya. Maka ruangan Pendaftar inilah kita sama-sama memikirkan bersama untuk membina satu jalan yang benar-benar bersatu padu demi keEsaan Allah S.W.T. dan demi keredaanNya .

Apakah kebaikan kita bersatu?

Apabila kita bersatu dalam satu keterunan  yakni Bani Adam dan berbahasa Melayu sebagai bahasa kita maka kita akan sama-sama membangun, membina dan memelihara adat resam kita yang sebenarnya maka terpeliharalah Agama Islam agama yang mengeEsakan Allah S.W.T. Kita mencari dan mengumpulkan kembali segala maklumat tentang diri kita untuk membangunkan semula segala kerosakan yang telah dimusnahkan oleh Iblis dan Syaitan. Kita isikan segala maklumat dalam  ruangan Pendaftar ini dengan harapan maklumat yang kita simpan di sini dapat memberi manfaat bersama untuk memperbaiki diri kita di dalam keinsafan yang sebenarnya demi kerana menegakkan Agama Allah, Agama Islam yang sebenar-benarnya.

 

Segala kerosakan seperti berbahasa hendaklah mengikut tatacara yang tidak memesungkan akidah kita. Kata-Kata Hikmat dari Nabi Adam pada diri kita seperti berikut:

Di mana Bumi Di Pijak

Di Situ Langit Di Junjung

Di Mana Budi Yang Bijak

Di Situ Di Ungkit dan di Sanjung

 

Inilah pantun empat kerat yang memberi pegertian yang mendalam di mana kita berada di bumi ini kita hendaklah berbudi bahasa. Kita perlu faham perkara ungkit mengukit seperti kerja Allah menilaikan diri kita setiap amalan yang kita lakukan apabila sudah di tapis hanya yang benar sahaja kita menyanjung sebagaimana Allah memberi ganjaran pahala pada hambanya yang mengamalkan kebenaran Allah S.W.T.

Perkataan yang kita ucapkan zaman sekarang banyak sudah dirusakkan oleh musuh kita Iblis dan Syaitan. Contohnya niat kita sebenarnya adalah dalam Jantung kita di mana kalamuAllah Adalah Qalbu yang bermaksud jantung. Banyak sudah Allah menyebut dalam Al-Quran untuk memelihara Jantung kita. Tetapi dengan hasutan Iblis dan Syaitan telah mengubahkanya ke hati di mana kita tidak mengambil berat tentang kesihatan jantung kita  dan ramai di kalangan kita mengidap berbagai penyakit jantung yang boleh melemahkan kegiatan amalan seharian kita.

Ikut rasa Binasa

Ikut Hati Mati

Ikut Jantung Untung

 

Inilah kata-kunci untuk memperbaiki diri kita menuju ke alam kebenaran..

Ruangan pendaftar ini mengalakkan semua yang fakir, miskin, kaya, berniaga, petani, nelayan, muda atau tua, teruna, dara, raja, rakyat dan apa jua kedudukannya atau sebagainya mendaftarkan diri mereka di Pendaftar ini agar segala penderitaan mereka yang di zalimi oleh golongan Iblis dan Syaitan dapat kita bicara dan bagaimana kita dapat mengatasinya?.  Sebenarnya golongan Iblis dan syaitan ini telah menguasai kekayaan kewangan dengan menghidupkan semula unsur-unsur riba yang telah dihapuskan sama sekali di zaman nabi dan rasul kita Muhammad s.a.w.

Sebenarnya kita masih ada banyak ruang untuk memeranginya secara aman damai berbincang sesama kita untuk mencari kelemahan kita dan insaflah akan diri kita untuk berusaha bersungguh-sungguh dengan membuangkan sesuatu pelakuan kita seperti Membuat Aturan Lebihkan Amalan Segan Ringkasan perkataan ini M.A.L.A.S.

Nah ! Inilah anak kunci untuk menutupkan peti M.A.L.A.S. dan kita mengunci dengan sebaik-baiknya segala perbuatan malas kita bertukar kepada kerajinan dalam segala bentuk amalan kita. Jadilah kita rajin bertanya dan senantiasa menganggap diri kita maha bodoh di sisi Allah S.W.T. hanya yang Maha Pandai lagi Maha Bijak Bistari itu adalah Allah yang Esa dan Dia sahajalah  segala pujian keatasNya agar segala ilmu kepandainya disalurkan melalui kebenaranya untuk kita nikmati sebagai hambaNya yang maha bodoh di sisiNya. Apa yang Allah salurkan Ilmunya maka kita daftar di dalam ruangan Pendaftar ini untuk kebajikan kita bersama.

 

Sebenarnya masih banyak bahan mentah dipersekitaran kita yang tidak kita ambil peduli. Sekiranya bahan mentah ini kita daftarkan diruangan Pendaftar ini dapatlah kita sama-sama berkongsi pendapatan jual beli siap berzakat dan kita dapat mengimfakkan atau membahagi-bahagikan kerja untuk menjadikan bahan mentah itu barangan yang siap untuk kegunaan seharian kita. Contohnya pohon-pohon tumbuhan yang pelbagai yang banyak khasiat untuk memelihara kesihatan kita, yang tidak kita terokai kita mengkaji, belajar, dan ajar mengajar di kalangan kita agar kita mengenali sepenuhnya bahan-bahan itu untuk menjadi barangan siap yang boleh menambahkan rezeki pendapatan seharian kita.

Bahan mentah ini yang lazim berada dipersekitran kita hendaklah kita Derma Untuk Ilmu Takwa. Ringkasan perkataan ini D.U.I.T. sebagai ukuran pahala ke atas derma bakti kita diruangan Pendaftar ini. Pihak Pendaftar pula mencatitkan atau menghisabkan berapa banyak pahala atau D.U.I.T. sebagai satu nilai mata wang untuk kita laksanakan sesama kita dengan nilai setiap satu D.U.I.T. bersamaan nilai satu miligram emas tulin dalam pasaran dunia semasa. Setiap pendapatan semasa berurusniaga dikalangan kita telah siap diambil pembahagian zakatnya ke dalam Tabung Amal Jariah Alam Melayu Asli Sejagat . Ringkasan perkataan ini T.A.J.A.M.A.S. Tugas TAJAMAS, adalah mengimfakkan kepelbagaian bantuan sesama kita bagi membiayai dan membangun, membina dan memelihara kebenaran Agama Islam kita.

 

Setiap pendaftaran kegiatan seharian kita dalam ruangan Utusan Melayu Pendaftar ini telah dibiayai oleh TAJAMAS ( Tabung Amal Jariah Alam Melayu Asli Sejagat) ini , semoga kita dapat menjadikan bumi barakah yang kita tumpang di sisi Allah S.W.T. tercapai biiznillah atau dengan izin Allah. InsyaAllah. Amin.

Cara-Cara Mendaftar Menjadi Ahli

Saudara yang ingin membuat halaman web dari format joomla yang canggih boleh daftar di sini. Kita akan sama-sama membentuk halaman yang dihajati dengan niat suci lillahitaala dengan mengaku berkongsi saham dengan nisbah 4:4:2 di mana antara kita kedua-dua pihak mendapat nisbah 4:4 dan :2 nisbah yang baki sebagai milik Adat Istiadat Syariat Melayu Bani Adam (AISMBA) dalam bentuk tabung zakat dan lain-lain kebajikan keahlian kita.

Pihak Pertama ialah Pihak Pengasas Pentadbir Pendaftar.com

Pihak Kedua ialah anda yang mendaftar.

Pihak ketiga Milik Allah S.W.T. yakni Adat Istiadat Syariat Melayu Bani Adam (AISMBA) Tabung kebajikan Keahlian kita.

Bila anda berdaftar di sini anda dan kedua-dua pihak telah menerima bantuan dari tabung ini untuk membangunkan tempat kedudukan halaman web anda, kemudian untuk kita sama-sama membina halaman anda hingga berjaya dan akhirnya kita berurusan keusahawan memeliharakannya demi mengEsakan Allah S.W.T dan taat pada perintahNya.

Sila Klik pada create an account untuk mendaftarkan diri anda mengikut garis panduan berikut:

  1. Name atau nama anda yang sebenar dan nama penuh dengan huruf besar. Sekira anda menaruh nama samaran di sini maka batal pendaftaran anda itu. Contoh : MOHAMMAD NOOR BIN YAKUB

  2. User Name atau nama keahlian hendaklah anda gunakan nombor kad pengenalan anda sahaja.Contoh:  300816035025
  3. E-mail yakni alamat email anda yang sebenar Contoh: admin @pendaftar.com

  4. Password atau kata-kata laluan anda ................................... adalah rahsia anda untuk login ke halaman ini.
  5. Verify Pasword atau pengesahan kata laluan yang sama seperti di para 4 agar engin pendaftaran mendaftar keahliaan secara otomatik.

  6. Kilk pada Register atau tekan enter keyboard dan proses anda telah didaftarkan dan anda akan menerima email pendaftaran keahlian anda.
  7. Anda dikehendaki membuka email anda dan buka pada kiriman pendaftaran keahlian dan kilk pada varification untuk pengesahan keahlian.

  8. Setelah anda berbuat demikan barulah anda boleh masuk keruangan login dengan menaip nombor kad pengenalan anda dan kata laluan anda untuk membaca segala maklumat lama dan terkini berita-berita keahlian sebagai registered user. Setelah anda memahami berbagai maklumat yang ada anda ingin membuat atau menulis pandangan atau, usul, cerita pengalaman anda,  komen, membuat halaman yang anda inginkan dan lain-lain yang kita boleh bincangkan maka hendaklah anda email pada pihak pentabiran e-mail: admin@ pendaftar.com memohon untuk jawatan menjadi wartawan atau author, atau editor, publisher, manager dan administrator. Ahli-ahli yang pengenalan dirinya yang sebenar sahaja layak menyandang jawatan wartawan atau author untuk mengisi article atau maklumat, usul-usul kebolehan anda. Bagi menguji bakat kebolehan anda dengan pernilaan melalui undi atau poll dari pihak kehakiman di peringkat atasan di bidang pilihan anda, ahli jawatan kuasa, ahli-ahli dan orang awam menilai  kebolehan anda agar dapat dinaikan pangkat berperingkat-peringkat hingga ke jawatan tertinggi yakni pengarah pentadbiran atau administrator.
  9. Untuk menulis penulisan atau article anda sila klik ke submit an article. Taipkan penulisan anda dan save apabila anda telah pilih section = uncategorised atau News atau FAQ dan Category = uncategorised dan sebagainya. Published=  No atau Yes dan Front Page = No atau Yes.

  10. Untuk perbaiki kesalahan atau Edit setelah anda save hendaklah pergi ke gambar pensil letakan panah pengarah atau curser anda di situ maka seketika akan pamirkan= edit article dan klik di situ.