Banner

Newsflash

Berita Baik!! - Pendaftar

Semua keturunan Bani Adam yang mengEsakan tuhan yang satu yakni Allah S.W.T. boleh mendaftar diri menjadi ahli keluarga Pendaftar.Com dengan ertikata kita bersatu dalam satu ikatan silaratulrahim, saling hadiah menghadiah sesuatu pemberian daripada Allah S.W.T. kepada diri kita bagi menimfakkan atau membahagikan rezeki halal suci mengikut Adat Istiadat  Syariat Melayu Bani Adam - AISMBA kita, di kalangan kita agar kita bersyukur dan memuji Allah S.W.T tuhan yang Esa. semoga kita menjadi hamba Allah yang di redai dan diterimaNya amalan kita, menjadi manusia yang berguna dan yang mukhlis-ikhlas di sisiNya.
Daftarlah diri kita di halaman PENDAFTAR.INFO supaya kita dapat berbincang, menyalurkan pengalaman keimanan kita sebagai hamba Allah kepada diri kita semua agar  dapat dimanfaatkannya demi mengesakan Allah S.W.T. Pendaftar.Info| TAJAMAS | Adat Istiadat |>Kesatuan>  |   Alim Ulama  |Usahawan| Bijak Bistari |Penguam | SEJARAH | Halal Suci | RawatanUrutist | Bekerjasama | Multimedia Kampung Corridor | Registrar | UN |   1MSC | RakanCoP  | SMKMERBOK| Utusan Melayu Jawi| ASTANA | Jawi & Rumi| TABLIQ | MoU | Dengan klik disini mendaftar diri kita di dalam borang pendaftaran.

PENGENALAN 26-04-2010 PDF Print E-mail
Written by Mohd Johar   
Monday, 26 April 2010 07:50

 

 

 

Transate to English

Pendaftar.Info – Terima Kasih  -Kunjungan Anda Di Hargai.-Welcome-Thanks

Sempena hari kelahiran ku jatuh pada hari ini maka pembukaan halaman maya ini.

Selamat datang  para pengunjung. Berbagai lapisan masyarakat umum boleh masuk ke halaman ini sebab ia memaparkan perkara kebajikan bersama di bangunkan dengan pelbagai pengalaman dari golongan bijak bistari terdiri daripada, alim-ulama, guru-guru , pensyarah berkemahiran, pakar thabib kesihatan dan sebagainya, yang mendiami kesunyian di pendalaman dusun atau kampung hingga kesibukan bandar, meluahkan catitan pengalaman mereka untuk membahagikannya sebagai hadiah, amal jariah yang berkekalan di dalam halaman Pendaftar.Info ini.

Sebagai pengasas di dalam halaman ini saya telah memaparkan pelbagai bentuk halaman hasil dari pengalaman saya belajar perguruan berbagai bidang yang telah mereka luahkan pengalaman mereka agar menjadi amal jariah mereka di dalam halaman ini. Sayugia hadiah Al fatihah…!!.. kepada mereka yang berada di bawah nuangan kerahmatan Allah yang maha Esa  kita yang masih hidup adalah penyambung kepada saham amal jariah agar saham yang kekal abadi ini berlipat ganda labanya di berikan dengan keredaan Allah dengan  menyebut dengan izin Allah- biiznillah.

Siapakah saya yang layak mengajak anda untuk saham Jariah yang kekal abadi ini. Saya yang serba kekurangan ini menyerah diri kepada Allah swt untuk menentukannya. Apa yang penting saya telah mencuba sedaya upaya dengan berbagai cara bagi memaparkan keterampilan halaman ini agar menjadi halaman tabung amal jariah yang kekal abadi dengan ganjaran 10 kali ganda dari janji Allah swt pada hambanya yang beriman menjadi nyata dan kita boleh mendapat macam-macam manfaat daripadanya.

Perbagai contoh kata kunci pintu rahsia perguruan dahulu kala  Nabi Adam as hingga ke Nabi Muhammad s.a.w. dicari gali di dalam lubuk keilmuan agar apa yang dibentangkan itu dapat menjadi pedoman kita membuka rahsia ilmu untuk mengenali siapakah Allah s.w.t. dengan bermula ilmu kenalkan diri yang tidak kita ambil peduli tetapi inilah jalan pembukaan sebenarnya untuk kita dapat mengenali Allah swt.

Dari 4 unsur tanah, air, angin dan api yang Allah swt jadikan dapat kita pecahkan dan menguraikan satu persatu mengikut adat istiadat di mana dengan perkiraan atau bilangan adat ke atas empat unsur itu dapat kita istilahnya dengan istiadatnya membuka huraian kejadian ini berpecah kepada berbagai benda yang mempunyai sebahagian atau keempat unsur ini dengan ikatan persetujuan penjanjian pemulihan bersama menyeragamkan pendapat itu di istiadatkan agar kita tidak lagi berkelahi pendapat dan duduk didalam sependapat ke atas sesuatu yang telah di tetapkan sebagai kanun ketetapan kita. Dari kanun membuka tirai undang-undang yang memerlukan taat setia kita ke atas muafakat kita itu hendakah selari dengan perintah Allah swt yang maha Esa.

Layak kah saya?  Mengajak anda menjadi ahli dalam halaman ini. Siapa kah saya sebagai hamba  Allah yang kerdil dan tidak upaya menyuruh anda berbuat demikian. Tetapi banyak sudah halaman yang di paparkan dalam internet tidak mempunyai sifat-sifat yang memenuhi perintah Allah untuk kita nikmati RahmatNya. Maka saya mula membuang malu, segan atau malas mengambil semangat rajin yang pantang berputus asa, menampilkan diri untuk membuka jalan asas permulaan halaman ini, untuk mengajak anda bersama-sama saya menjadi rakan persaudaraan dan perjuangan bersama  bagi menegakkan kebenaran demi mengesakan Allah swt.

Saya akan berkata pada anda Jangan masuk ahli Pendaftar.Info ini sekiranya ada tidak berminat berbuat demikian.

Tekan (klik) alat pengarah anda di sini apabila minat anda untuk menjadi ahli Pendaftar. Info dan Semangat Kerajinan berada dalam diri anda untuk mengubah nasib anda menabung saham Amal Jariah kekal abadi ke atas semua pengalaman kebajikan anda.

Last Updated on Monday, 26 April 2010 13:04